Bersempena sambutan Internatinal Year of Astronomy 2009 (IYA2009), modul Pendidikan Sains Angkasa Untuk Sekolah Rendah (Versi Latihan Guru) telah dihasilkan. Modul pendidikan ini sesuai digunakan untuk para guru praperkhidmatan dan juga guru yang sedang dalam perkhidmatan bagi mempelajari ilmu asas sains angkasa.
Ianya juga sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Matlamat pembinaan modul ini adalah sebagai tambahan dan pengayaan terhadap konsep pembelajaran dan pengajaran sedia ada dalam ilmu dan pengetahuan sains angkasa yang terkini. Modul ini juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran dan penghargaan terhadap kepentingan dan sumbangan sains angkasa dalam kehidupan manusia seharian. Adalah diharapkan dengan kepenggunaan modul ini maka pengetahuan mengenai sains angkasa dapatlah dibina dan diperkukuhkan. Digalakkan juga supaya modul ini digunakan secara kreatif bagi menggilap minat dan kesedaran di segenap masyarakat di Malaysia mengenai ilmu sains angkasa.
Sila klik pada link berikut untuk memapar/download modul-modul tersebut:

Kata-kata aluan
Modul 1 – Universe
Modul 2 – Galaxies
Modul 3 – Starsnconstellations
Modul 4 – Solar System
Modul 5 – Earth, Moon & Sun
Modul 6 – Astronomical Instrumentations & Methods
Modul 7 – Space Exploration
Full Version E-Book Space Science Educational Module For Primary School (Teacher Training Version)